Tuesday, January 22, 2008
Hantu Api Membakar Rumah
Labels: gambar misteri, hantu api
Posted by Nur Qaisara Batrisyia at 8:26 PM 1 comments
Tuesday, January 15, 2008
Misteri Istana Kellie
Pemanduan selama 30 minit ke selatan Ipoh menghala ke arah Batu Gajah akan membawa anda ke Ladang Getah Kinta Kellas. Di tengah kehijauan rumput yang subur, tersergam sebuah istana impian separuh siap kepunyaan William Kellie Smith, seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya.
Labels: cerita misteri
Posted by Nur Qaisara Batrisyia at 7:01 PM 0 comments
Monday, January 14, 2008
Misteri Lata Kinjang
HUTAN Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama “Kinjang” hingga kekal namanya sampai sekarang.
Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.
Encik Haslam memberitahu, “Puteri Bunian” muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa. Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk ubat memerdukan suaranya. Labels: cerita misteri
Posted by Nur Qaisara Batrisyia at 8:56 PM 0 comments
Sunday, January 13, 2008
Pokok Rupa Hantu
Gambar ini di ambil oleh Christopter Martin di sebuah daerah di California, USA. Nampak menakutkan sekali.
Setiap kali Pesta Halloween lilin diletakkan di dalam lubang pokok supaya nampak lebih mengerunkan kepada sesiapa yang melihatnya.
Kalau pokok ini ditemukan kepada 'kaki ekor' dah sah akan jadi tempat pemujaan nombor 4d.
he ... he ... he ...
Labels: gambar misteri, hantu pokok
Posted by Nur Qaisara Batrisyia at 3:51 AM 2 comments
Kata Aluan
Selamat Datang ke Mingguan Misteri, anda semua akan dihidangkan dengan pelbagai cerita misteri, gambar misteri serta cerita paranormal yang menggerunkan anda.
Pastikan anda mengunjungi blog kami untuk cerita misteri, gambar misteri serta paranormal yang terkini.
Webmaster
Mingguan-Misteri.blogspot.com
Labels: pengenalan
Posted by Nur Qaisara Batrisyia at 3:42 AM 0 comments
